Thursday, April 5, 2012

Kematian - sudah bersedia atau tidak?

Waahhh!! Sudah lama betul tidak update blog ini sudah. Saya sangat suka menulis tapi sangat sibuk sehingga sekarang mau cuti baru dapat tulis.

Beberapa bulan ini saya dikejutkan dengan banyak berita kematian orang-orang yang saya kenal dan mereka SANGAT MUDA!! Kalau orang tua, mungkin kematian sudah dijangkakan tetapi nampaknya beberapa bulan ini trendnya ialah orang muda mati terlebih dulu dan lebih cepat. Mula-mula, junior saya meninggal. Kemudian, saya dikejutkan dengan berita kakak Paper Logic yang saya sangat sayangi kerna dia amat peramah, sedia membantu dan selalu senyum meninggal dunia secara tiba-tiba. Terasa seakan-akan semalam baru saya bercakap dan bergurau dengannya. Lepas tu, ada lain-lain lagi. Baru-baru ini, bapa kepada rakan saya di gereja meninggal. Beliau sangat muda juga dan telah pergi ke China untuk urusan perniagaan tetapi tiba-tiba kami dikejutkan dengan berita beliau jatuh lantas meninggal dunia. Mungkin akibat sakit jantung kot. Berita ini sangat mengejutkan satu gereja!

Bayangkan bapa kamu baru say goodbye dan pergi ke tempat lain untuk biz seperti biasa. Goodbyenya seperti biasa dan kamu jangkakan kepulangannya. Kawan saya sangat sangat rapat dengan bapanya dan sangat sangat manja dengan bapanya. Saya pun tidak tahu macam mana mereka menerima berita tersebut - mungkin seakan-akan pisau yang menusuk hati mereka...MENGAPA TUHAN??

Kita mungkin nampak sihat dari luaran tetapi apa yang berlaku dalam badan kita - kita memang tidak tau. Tidak semestinya orang yang di hospital akan mati cepat daripada orang yang kelihatan sihat dan menjalankan urusannya seperti biasa. Ada orang sudah menjangkakan kematiannya tidak lama lagi mungkin kerana doktor yang beritau tetapi ada orang yang tidak jangkakan kematiannya dan mati tiba-tiba. Mana satu lebih baik?? Tau akan mati atau tak tau??

Ini membuatkan saya berfikir.. Hey hidup ni hanya satu kali! Kalau kita asyik marah marah, simpan dendam dan sebagainya, apakah yang kita akan jawab Tuhan jika DIA memanggil kita secara tiba-tiba?? Adakah kita mempunyai banyak perkara yang belum diselesaikan dalam hati kita?

Kalau nak hargai seseorang, pastikan kamu nyatakan penghargaan tersebut. Kalau marah, jangan terlalu lama. Cuba jangan benci seseorang kerana yang merana itu ialah kamu dan bukan orang lain. Hidup ini terlalu singkat untuk bermusuh dengan semua orang macam ada kawan saya yang selalu kata... I HATE U I HATE U. Mungkin kita patut meluahkan perkataan I LOVE U I LOVE U lebih banyak dan mendatangkan kegembiraan kepada orang lain =) Apabila kita mati, orang akan mengingati kita sebagai orang yang suka benci, dendam, sayang selalu dan sebagainya. Terpulang kepada karakter masing-masing =)

Saya ingat masa saya ingin buat sesuatu, saya selalu fikir dua kali atau lebih daripada itu! Tetapi saya selalu ingatkan diri saya... HEY HIDUP NI CUMA SATU KALI! Buat jer lah. Bukan buat yang bukan bukan...macam nak appreciate lecturer tapi tak tau pula adakah ianya macam bodek ke..Anyway saya buat jugak sebab saya tak nak menyesal kalau saya tak buat.

So yes! Enjoy! Nak cuba main roller coaster tapi tak berani?? Boleh cuba satu kali =)

Saya pernah baca Chicken Soup for the Soul yang nyatakan ..IF I CAN LIVE AGAIN, I WOULD HAVE DONE....

Apabila kita tua, adakah kita akan pandang balik dan menyesal atas perbuatan yang ingin kita buat tapi tak berani??

Hari tu kawan saya sangat sangat menyesal dan marah dengan dirinya kerana tidak sempat beritahu pak ciknya bahawa dia sayangkannya... dan pakciknya mati tiba-tiba.

Sigh. Life is really really short.

So live life to the fullest. (Everyone has different interpretation to this) But whatever it is, may we appreciate people around us =) We only got one life to live. No turning back. Sebab itu masa sangat berharga! Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. ='(

Di saat saat cerita pasal kematian...Hari ini ialah Jumaat Agung/Good Friday.. Marilah mengingati Kristus yang telah mati untuk kita. THE PERFECT SACRIFICE. Kita yang patut DISALIBKAN kerna dosa-dosa kita tetapi Tuhan Yesus telah menanggung penderitaan tersebut untuk kita. For u and me. Let's remember this.

Thank You LOrd Jesus for dying on the cross for me.
Thank You for the price You paid for our sin and shame.
You paid with your blood.
Thank You Lord for Your unending and unfailing love.

Alright... take care. Happy Holiday and God blesssss.


4 comments:

  1. I haven't read the whole post above :p, but I'm ready to be taken by God from this earth because I believe that my name already written in the Book of Life. How can I know that? Wow, so brave.. those who believe in Christ is saved. Believe means understand His words and practice them and make ourself such a blessing to others as well, as we are His vessel to spread out His love to this world. :) God bless PERKEB.

    ReplyDelete
  2. =) Panjang lebar kan kutulis. Got too excited when I get to write. hahahahahaa. Amen brotherrr!! =) But sometimes it's also whether the matters in our heart are settled or not before we meet God.. kadang-kadang ada orang simpan dendam berzaman zaman tak settle settle.. =p

    ReplyDelete
  3. Yup =).. Settle dendam also one way practicing God's word. There's one verse like "kalau kamu pergi mempersembahkan sesuatu di pelataran, tetapi teringat akan kesalahanmu terhadap orang lain, tinggalkan dulu persembahan itu di altar dan setlle-kan dahulu masalah itu, baru balik pergi membuat persembahn." (stated using my own words, please refer to the bible for the exact sentence) I forgot ody the exact verse..hahaha

    ReplyDelete
  4. hahahaha oh ya!! Thanks for reminding! Trueeee trueeee kan! =)

    ReplyDelete

sausage(s)