Monday, March 5, 2012

Marilah yang Berbeban Berat

Renungan - Matius 11:25-30
Marilah kepadaKu, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu. (Matius 11:28)



Anak-anak kecil Malaysia memikul beg yang bagai batu besar ke sekolah. "Cikgu saya kata semua buku ini diperlukan dan harus dibawa ke sekolah. Jadi saya mesti membawa beg yang besar ini ke sekolah, " kata seorang anak. "Aduh! Bagaimana kamu menaiki tangga dengan beg yang begini berat?" kata saya. "Entahlah tapi saya Mr Incredible," jawab anak-anak kecil. Bayangkan anak-anak ini memikul beg ebrat ini sewaktu menaiki tangga hingga ke tingkat tiga.


Syukurlah Tuhan tidak memanggil kita memikul semua beban untuk setahun atau sebulan. Seandainya Tuhan menyuruh kita menanggung beban sebulan atau setahun, pasti kita tersungkur di bawah keberatanNya dan tak tertahan rembesan air mata. Bayangkan, kita akan menjadi seperti kanak-kanak Malaysia yang begitu lelah dan terpaksa menghadapi cabaran harian serta memikul beban setahun! Beban hidup ini pelbagai jenis, kita perlukan belas kasihan Tuhan dan kekuatan-Nya untuk merempuh setiap hari.


Adakah anda kadangkala mengeluh apabila terdapat banyak assignment untuk disiapkan, banyak ujian yang menanti, tetapi masalah yang tidak dijangka sering datang seperti masalah keluarga, coursemates, kawan-kawan dan sebagainya?? Seringkah anda menitis air mata kerana masalah-masalah ini?? Jangan memikul beban itu kerana Tuhan bersabda, "Marilah yang berbeban berat..." Berdoalah agar Tuhan memberi anda kelegaan. Bayangkan.... BAGAIMANA KITA DAPAT BERJALAN DENGAN BAIK JIKA ADA SEBIJI BATU BESAR TERIKAT PADA BAHU ATAU LEHER KITA SEWAKTU BERJALAN. BEBAN BERAT INI BOLEH MENJADI BATU SANDUNGAN DAN IKATAN YANG MENGHALANGI PERTUMBUHAN IMAN DALAM KEHIDUPAN KITA.

Doa Joseph Bayly boleh dijadikan doa kita:

Tuhan Yesus
hamba  Engkau
Martin Luther
berkata dia hanya ada 2 hari
di kalendarnya
"hari ini" dan
"hari itu" (Hari kedatangan Tuhan)
saya juga ingin begitu
hidup untuk hari ini
dan hari itu sahaja




Thought it's good to reflect on this pic. "Come to me, all you who are weary and burdened, and I will give you rest." Rest in the arms of God. Hide under His wings =)


Pic taken from Sis Kim Cheng's profile.




Song: YESUS AKU PERCAYA


Di TanganMu ini janjiku
Segnap hidupku untukMu
Kau mengatur jalan hidupku 
Ku milikMu selamanya

Yesus aku .. percaya…
Yesus aku .. milikMu…
Kuhidup karenaMu
Dan hanya untukMu 
selamanya…

kemanapun kubersamaMu
lewat suka dan duka
kukan hidup dalam jalanMu
dalam janjiMu selamanya…

Thursday, March 1, 2012

MIRACLES AND HIS FAITHFULNESS

Shalom semua :) 

Semalam adalah Perjumpaan Khamis yang pertama bagi semester ini. Terima kasih kepada PERKEBians yang datang semalam..yang tak sempat datang minggu depan datang la ya .Mungkin ada yang sudah lupa apa tema PERKEB dan objektifnya kan..sekali lagi

Tema PERKEB bagi sesi 2011/2012:

“BERTUMBUH DAN BERSINAR DALAM KRISTUS”

Objektif kita adalah:

1. Mementingkan Firman Tuhan
2. Melibatkan diri secara aktif dalam masyarakat untuk penjangkauan jiwa.

Ayat alkitab kita adalah :

IBRANI 10 :24-25
 Marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik.Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat.

Jadi teman-teman semua..

Semalam PERKEB sekali lagi melancarkan Jambatan Anak Malaysia (J.A.M).  Kalau yang belum tahu apa itu J.A.M, ini merupakan salah satu program yang dilancarkan oleh FES dalam setiap kampus bagi menggalakkan penglibatan kita sebagai mahasiswa/I dalam membawa perdamaian antara kaum dengan meruntuhkan tembok-tembok prejudis yang telah menjadi jurang antara kaum. Setiap batu-bata yang kita lay down pasti lama-kelamahan akan membina satu jambatan yang menyatukan setiap kaum di Malaysia dan pasti nama Tuhan akan dipermuliakan. Mungkin kita terfikir J.A.M tidak mungkin berjaya tapi percayalah…langkah pertama anda untuk melakukan sesuatu kebaikan dengan seseorang yang berlainan kaum dan agama pasti akan membawa perubahan kelak! Yang penting buat langkah pertama dulu J. Jadi setiap minggu semasa Perjumpaan Khamis akan ada satu ruang untuk anda memberi kesaksian berkaitan J.A.M dan boleh menulisnya dalam kertas J.A.M kita (kalau mau tahu apa kertas J.A.M datang minggu depan ya )
Selain itu semalam kita juga ada dilawati staff dari FES yang berkongsi tentang cara mempelajari alkitab yang dipanggil Inductive Study Bible. Kami diajar tentang mempelajari alkitab bukan membaca mana-mana ayat alkitab tanpa benar-benar mempelajari keseluruhan alktab. Ada 4 langkah dalam mempelajari alkitab secara induktif iaitu Observation, Interpretation,Reflection dan Application (siapa yang mahukan nota akan diberikan pada Perjumpaan Khamis minggu depan).
1.       
Jadi semester ini kita akan membaca dan mempelajari Ibrani @ Hebrews didalam PC kita. Saya menggalakkan kita semua mengambil masa membaca keseluruhan surat Ibrani ini dan biarkan Tuhan bekerja di dalam hati anda semua.

Teman-teman…
Saya percaya semester ini lebih banyak hal yang akan Tuhan mahu lakukan dalam PERKEB. Dia setia akan kita selama ini dan saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi perkerjaan Tuhan yang berlaku semalam. Seperti yang kita tahu kertas kerja PERKEB untuk Perjumpaan Khamis menghadapi masalah dengan kelulusan daripada JPPEL. Tanpa surat kelulusan itu kita tidak akan dapat menggunakan DGK 124 untuk Perjumpaan Khamis. Pada Rabu yang lepas Joy cuba menempah bilik DKG 124 daripada En. Halim yang menjaga DKG124 untuk Perjumpaan Khamis kita..tahu apa En.Halim jawab? Ada seseorang yang telah menempah DKG124 untuk PERKEB! Kami pun tidak tahu siapa tapi kami percaya Tuhan bekerja. Joy menghantar semula kertas kerja yang telah diperbaiki pada Rabu lepas dan mengikut proses bianya kertas kerja mengambil masa 7 hari untuk diluluskan tapi Tuhan itu ajaib..semalam saya mendapat email daripada JPPEL yang mengatakan kertas kerja Perjumpaan Khamis telah diluluskan!

Pekerjaan Tuhan tidak berhenti disana..semasa Perjumpaan Khamis semalam tiba-tiba lampu di DKG 124 padam…kami ingat itu adalah warning daripada En.Halim supaya kami menamatkan Perjumpaan Khamis secepat yang mungkin memandangkan semalam kami selesai agak lewat. Beberspa saat selepas itu ada lampu semula.Puji Tuhan. Kami selesai Perjumpaan Khamis dan bila kami keluar dari DKG 124..di luar gelap! Tidak ada lampu di FST ataupun di kolej melainkan DKG 124! Rupa-rupanya itu bukan warning utuk kami cepat-cepat menamatkan Perjumpaan Khamis tapi memang bertul-betul seluruh UKM blackout! Tapi Tuhan luarbiasa kan..sebab DKG 124 satu-satunya tempat yang ada lampu.

Teman-teman..Tuhan menunjukkan kuasaNya dalam PERKEB kerana Dia mempunyai sesuatu yang lebih besar untuk kita. Jadi saya berharap dengan kesaksian ini setiap kita semakin dikuatkan dan bersemangat untuk mengikut Tuhan dan datang PERKEB :)
Jadi minggu depan jamgan lupa sertai kami dalam latihan Malam Muzikal Kampus di FSSK 3A 512, 7.30pm Isnin dan selasa, Persekutuan Doa Rabu 7am di stadium dan juga Perjumpaan Khamis di DGK 124 yang mana kita akan dilayani oleh Bro.Anthony Ulek tentang Hati Yang Memberi (Heart of giving).

Terus maju dalam Tuhan. Tuhan Yesus memberkati!