Thursday, March 1, 2012

MIRACLES AND HIS FAITHFULNESS

Shalom semua :) 

Semalam adalah Perjumpaan Khamis yang pertama bagi semester ini. Terima kasih kepada PERKEBians yang datang semalam..yang tak sempat datang minggu depan datang la ya .Mungkin ada yang sudah lupa apa tema PERKEB dan objektifnya kan..sekali lagi

Tema PERKEB bagi sesi 2011/2012:

“BERTUMBUH DAN BERSINAR DALAM KRISTUS”

Objektif kita adalah:

1. Mementingkan Firman Tuhan
2. Melibatkan diri secara aktif dalam masyarakat untuk penjangkauan jiwa.

Ayat alkitab kita adalah :

IBRANI 10 :24-25
 Marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik.Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat.

Jadi teman-teman semua..

Semalam PERKEB sekali lagi melancarkan Jambatan Anak Malaysia (J.A.M).  Kalau yang belum tahu apa itu J.A.M, ini merupakan salah satu program yang dilancarkan oleh FES dalam setiap kampus bagi menggalakkan penglibatan kita sebagai mahasiswa/I dalam membawa perdamaian antara kaum dengan meruntuhkan tembok-tembok prejudis yang telah menjadi jurang antara kaum. Setiap batu-bata yang kita lay down pasti lama-kelamahan akan membina satu jambatan yang menyatukan setiap kaum di Malaysia dan pasti nama Tuhan akan dipermuliakan. Mungkin kita terfikir J.A.M tidak mungkin berjaya tapi percayalah…langkah pertama anda untuk melakukan sesuatu kebaikan dengan seseorang yang berlainan kaum dan agama pasti akan membawa perubahan kelak! Yang penting buat langkah pertama dulu J. Jadi setiap minggu semasa Perjumpaan Khamis akan ada satu ruang untuk anda memberi kesaksian berkaitan J.A.M dan boleh menulisnya dalam kertas J.A.M kita (kalau mau tahu apa kertas J.A.M datang minggu depan ya )
Selain itu semalam kita juga ada dilawati staff dari FES yang berkongsi tentang cara mempelajari alkitab yang dipanggil Inductive Study Bible. Kami diajar tentang mempelajari alkitab bukan membaca mana-mana ayat alkitab tanpa benar-benar mempelajari keseluruhan alktab. Ada 4 langkah dalam mempelajari alkitab secara induktif iaitu Observation, Interpretation,Reflection dan Application (siapa yang mahukan nota akan diberikan pada Perjumpaan Khamis minggu depan).
1.       
Jadi semester ini kita akan membaca dan mempelajari Ibrani @ Hebrews didalam PC kita. Saya menggalakkan kita semua mengambil masa membaca keseluruhan surat Ibrani ini dan biarkan Tuhan bekerja di dalam hati anda semua.

Teman-teman…
Saya percaya semester ini lebih banyak hal yang akan Tuhan mahu lakukan dalam PERKEB. Dia setia akan kita selama ini dan saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi perkerjaan Tuhan yang berlaku semalam. Seperti yang kita tahu kertas kerja PERKEB untuk Perjumpaan Khamis menghadapi masalah dengan kelulusan daripada JPPEL. Tanpa surat kelulusan itu kita tidak akan dapat menggunakan DGK 124 untuk Perjumpaan Khamis. Pada Rabu yang lepas Joy cuba menempah bilik DKG 124 daripada En. Halim yang menjaga DKG124 untuk Perjumpaan Khamis kita..tahu apa En.Halim jawab? Ada seseorang yang telah menempah DKG124 untuk PERKEB! Kami pun tidak tahu siapa tapi kami percaya Tuhan bekerja. Joy menghantar semula kertas kerja yang telah diperbaiki pada Rabu lepas dan mengikut proses bianya kertas kerja mengambil masa 7 hari untuk diluluskan tapi Tuhan itu ajaib..semalam saya mendapat email daripada JPPEL yang mengatakan kertas kerja Perjumpaan Khamis telah diluluskan!

Pekerjaan Tuhan tidak berhenti disana..semasa Perjumpaan Khamis semalam tiba-tiba lampu di DKG 124 padam…kami ingat itu adalah warning daripada En.Halim supaya kami menamatkan Perjumpaan Khamis secepat yang mungkin memandangkan semalam kami selesai agak lewat. Beberspa saat selepas itu ada lampu semula.Puji Tuhan. Kami selesai Perjumpaan Khamis dan bila kami keluar dari DKG 124..di luar gelap! Tidak ada lampu di FST ataupun di kolej melainkan DKG 124! Rupa-rupanya itu bukan warning utuk kami cepat-cepat menamatkan Perjumpaan Khamis tapi memang bertul-betul seluruh UKM blackout! Tapi Tuhan luarbiasa kan..sebab DKG 124 satu-satunya tempat yang ada lampu.

Teman-teman..Tuhan menunjukkan kuasaNya dalam PERKEB kerana Dia mempunyai sesuatu yang lebih besar untuk kita. Jadi saya berharap dengan kesaksian ini setiap kita semakin dikuatkan dan bersemangat untuk mengikut Tuhan dan datang PERKEB :)
Jadi minggu depan jamgan lupa sertai kami dalam latihan Malam Muzikal Kampus di FSSK 3A 512, 7.30pm Isnin dan selasa, Persekutuan Doa Rabu 7am di stadium dan juga Perjumpaan Khamis di DGK 124 yang mana kita akan dilayani oleh Bro.Anthony Ulek tentang Hati Yang Memberi (Heart of giving).

Terus maju dalam Tuhan. Tuhan Yesus memberkati!




2 comments:

  1. Yeahhhh I am pretty amazed that the whole UKM blackout except for our dewan kuliah. ha ha ha!!! Wowwww!!! Power of prayer before starting service. And by the grace of God....=)))

    ReplyDelete
  2. I told the story to a few friends of mine and they were amazed too. Don't forget to end your sentence with 'God was there with us', surely will boost their spirit to know more about our God. :)

    ReplyDelete

sausage(s)