Tuesday, October 11, 2011

Gara-gara motor rosak


Last few weeks my motor breakdown =( Ahhhh.. buat banyak ragam pulak motor nih! I remember it broke down on Saturday when I had to go to law faculty for a talk. Terasa sedih dan panik kerana sudah lambat untuk pergi seminar di Fakulti Undang-Undang, lepas tu motor pula rosak. Lepas tu, seorang perempuan Melayu nampak motor saya rosak dan datang tanya ... Kemudian, saya minta tolong dia untuk hantar saya ke fakulti dan walaupun pada mulanya dia berkata bahawa ... "agak jauh tu" tapi syukurlah lepas saya rayu tu.. dia dengan baik hati menghantar saya ke fakulti undang-undang dari kolej tun hussein onn. (memang sangat jauh tu)

Lepas tu, dahlah hari sabtu dan tak ada bas yang naik ke fakulti.. saya pula menghadapi masalah macam mana nak turun dari fakulti balik ke kolej. Syukurrrrr kawan melayu saya juga yang tolong hantar saya tanpa merungut.

Saat saya tiba di kolej, saya cuba untuk menghidupkan enjin motor saya tetapi masih tidak boleh. Masa tu, seorang lelaki melayu nampak saya bergumul untuk menghidupkan motor dan menolong saya untuk mencari punca masalahnya. Dengan rela hatinya, dia  menolong saya buat agak lama dan walaupun tangannya kotor lepas tu, dia tidak juga merungut. Wow. Syukur! Namun masalah motor masih tetap sama.

Pada hari Isnin, seorang perempuan Melayu yang tidak saya kenali mencadangkan agar saya menghubungi nombor tersebut untuk pertolongan. Ahhh orang tu datang dan membaiki motor saya. Nampaknya ok. Terasa lega.


Pada hari selasa, motor rosak sekali lagi dan tidak dapat dihidupkan! Syukur pada waktu itu saya nampak senior saya yang berbangsa India dan dia menumpangkan saya ke fakulti. Selepas kelas berakhir, kawan Melayu saya dengan baik hatinya meminjamkan motornya kepada saya supaya saya dapat menunggang motor ke kedai motosikal yang berhampiran untuk meminta tolong. Akhirnya, masalah motor saya diselesaikan dengan kos yang agak tinggi juga.

Kesimpulannya, semua rakan Melayu yang saya beritahu di atas adalah orang-orang yang berbeza. Di saat saya perlukan pertolongan, saya agak sedih kerana rakan-rakan saya tidak dapat menolong tetapi Tuhan yang baik tetap hantarkan pertolongan bagi saya.

Strangers are the ones who helped me. I thought God didn't answer my prayer  but HE actually did answer my prayer using strangersss!! =)) Thank You Lord =)

No comments:

Post a Comment

sausage(s)