Shalom semua!!
Hari ini adalah hari ke-12 kita memulakan semester 1 kita
bagi sesi 2012/2013. Selamat datang adik-adik baru kita yang baru masuk UKM.
Pada hari pertama memasuki semester baru ini aktiviti
pertama yang akan dibuat oleh PERKEB adalah masuk kamsis. Masuk kamsis? Masuk kamsis
adalah aktiviti wajib yang akan dibuat oleh PERKEB untuk mencari adaik-adik
baru yang baru memasuki UKM. Sebelum ini kami mudah untuk mendapat senarai nama
pelajar baru kristian dari setiap kolej namun bagi sesi ini terdapat banyak
cabaran sehingga terdapat beberapa kolej yang tidak memberikan senarai nama
pelajar baru kristian. Saya sebenarnya agak risau bagaimana untuk mencari
mereka (pelajar baru kristian)..terfikir mau guna strategi lama-ketuk pintu tetapi
bukan mudah memandangkan kami tidak berapa tahu bilik junior.
Masuk kamsis yang pertama ke KKM dan KIZ. Sebelum semester
bermula saya bertemu dengan Asneta buat kali pertama semasa ibadah Ahad di
gereja sebelum dia mendaftar kolej. Melalui dia saya bertemu dengan adik-adik kristian
baru yang lain di KKM. Puji Tuhan juga Joanna memberikan nama pelajar kristian
baru di KIZ dan oleh itu masuk kamsis yang pertama tidak berapa sukar memandangkan
kami mempunyai senarai nama mereka.
Masuk kamsis yang kedua ke KTHO, KDO dan KRK. Puji Tuhan
sebab Joy mendapat senarai nama pelajar di KTHO dan KDO. Yang menjadi
kebimbangan adalah KRK sebab kami langsung tidak mempunyai senarai nama pelajar
baru kristian di kolej ini. Kami berjalan dengan iman ke kolej ini. Sepatutnya
kami akan terus pergi ke blok dan memulakan misi mengetuk pintu namun entah
bagaimana kami singgah ke foyer KRK dan disana saya berjumpa dengan salah
seorang ahli PERKEB, Mary. Dia memberitahu ada seorang pelajar baru kristian di
kolej itu namun tidak memunyai nombor telefonnya. Yang luar biasanya kami
menjumpai senarai nama penghuni KRK di salah satu papan kenyataan dan menjumpai
nama pelajar baru kristian tersebut dan nombor biliknya! Wa..Tuhan sangat luar
biasa kan.
Masuk kamsis yang ketiga ke KAB, KUO dan KIY. Pada mulanya
kami tidak mendapat senarai nama pelajar kristian di ketiga-tiga kolej ini
juga. Tapi Tuhan tidak pernah terlambat dan Dia buka jalan untuk kami menjumpai
rakan-rakan kristian yang lain untuk membantu kami mendapatkan senarai nama
pelajar kristian baru di kolej-kolej ini. Pada mulanya kami hanya menjumpai
seorang pelajar baru kristian di KAB dan melalui dia kami dipertemukan dengan
kawan-kawan kristian barunya di kolej itu. Setiap kali kami bertemu dengan
adik-adik baru, kami akan bertanya jika mereka mempunyai kawan pelajar baru di
kolej lain. Memang luar biasa-melalui ini kami mendapat nama pelajar baru
kristian di kolej lain!
Masuk kamsis yang terakhir adalah ke KPZ dan KBH. Memenatkan
ya..tapi percaya semuanya tidak sia-sia J
Kami bertemu dengan adik-adik dari Asasi dan Permata Pintar UKM. Adik-adik kita
ni memang luar biasa dan kami mengambil keputusan untuk membawa mereka
menyertai PERKEB mulai sesi ini. Dan akhirnya kami ke KBH dan bertemu dengan
adik-adik baru kami di kolej tersebut.
4 hari masuk kamsis memang luar biasa bagaimana Tuhan
membuka jalan untuk kami bertemu dengan adik-adik baru. Sangat luar biasa bagaimana
Tuhan menjawab doa kami untuk menghantar pelajar kristian di UKM dan bagi sesi
ini seramai 33 adk-adik baru PERKEB termasuk Asasi dan Permata Pintar UKM! Dan
masih terdapat 9 orang adik lagi yang belum sempat kami jumpa.
Tuhan luar biasa sekali. Saat Dia buka jalan yang mustahil
menjadi ada dan ya inilah buktinya bagaimana Tuhan bekerja di dalam PERKEB.
Kerinduan saya..kita bukan hanya bertambah dari segi
kuantiti kita tetapi biarlah sesi ini setiap kita menjadi semakin berkualiti
bukan sahaja dalan peajaran kita tetapi juga dalam hubungan kita dengan Tuhan. Sebagaimana
sesi ini PERKEB akan fokus kepada PERKEB Cares (Cell group PERKEB) dan
memantapkan kehidupan kita sebagai orang percaya terutamanya dalam pengetahuan
kita tentang Firma Tuhan dan kehiduapan doa yang kuat. Melalui ini maka saya
percaya kita akan lebih maju dan mudah untuk menjadi tangan dan kaki Kristus
untuk menyampaikan Berita Baik dalam kampus ini.
Ingat Tema kita:”Dimantapkan Untuk Memberitakan”..mari
sama-sama kita memantapkan diri masing-masing dengan kebenaran FirmanNya dan
hidup dalam keluarga PERKEB sebagai keluarga yang saling mendorong dan
menguatkan.
Halleluyah! Terima kasih Tuhan atas kebaikanMu atas PERKEB!
Terima kasih untuk setiap AJK PERKEB sesi 2012/2013 atas komitmen dan bantuan
kamu semua dan tidak lupa ahli-ahli PERKEB yang lain serta Dinasour-dinasour
PERKEB yang tidak pernah berhenti menyokong pelayanan di PERKEB.
Tuhan memberkati semua!