Thursday, September 20, 2012

DIA BUKA JALAN SAAT TIADA JALAN


Shalom semua!!
Hari ini adalah hari ke-12 kita memulakan semester 1 kita bagi sesi 2012/2013. Selamat datang adik-adik baru kita yang baru masuk UKM.

Pada hari pertama memasuki semester baru ini aktiviti pertama yang akan dibuat oleh PERKEB adalah masuk kamsis. Masuk kamsis? Masuk kamsis adalah aktiviti wajib yang akan dibuat oleh PERKEB untuk mencari adaik-adik baru yang baru memasuki UKM. Sebelum ini kami mudah untuk mendapat senarai nama pelajar baru kristian dari setiap kolej namun bagi sesi ini terdapat banyak cabaran sehingga terdapat beberapa kolej yang tidak memberikan senarai nama pelajar baru kristian. Saya sebenarnya agak risau bagaimana untuk mencari mereka (pelajar baru kristian)..terfikir mau guna strategi lama-ketuk pintu tetapi bukan mudah memandangkan kami tidak berapa tahu bilik junior.

Masuk kamsis yang pertama ke KKM dan KIZ. Sebelum semester bermula saya bertemu dengan Asneta buat kali pertama semasa ibadah Ahad di gereja sebelum dia mendaftar kolej. Melalui dia saya bertemu dengan adik-adik kristian baru yang lain di KKM. Puji Tuhan juga Joanna memberikan nama pelajar kristian baru di KIZ dan oleh itu masuk kamsis yang pertama tidak berapa sukar memandangkan kami mempunyai senarai nama mereka.

Masuk kamsis yang kedua ke KTHO, KDO dan KRK. Puji Tuhan sebab Joy mendapat senarai nama pelajar di KTHO dan KDO. Yang menjadi kebimbangan adalah KRK sebab kami langsung tidak mempunyai senarai nama pelajar baru kristian di kolej ini. Kami berjalan dengan iman ke kolej ini. Sepatutnya kami akan terus pergi ke blok dan memulakan misi mengetuk pintu namun entah bagaimana kami singgah ke foyer KRK dan disana saya berjumpa dengan salah seorang ahli PERKEB, Mary. Dia memberitahu ada seorang pelajar baru kristian di kolej itu namun tidak memunyai nombor telefonnya. Yang luar biasanya kami menjumpai senarai nama penghuni KRK di salah satu papan kenyataan dan menjumpai nama pelajar baru kristian tersebut dan nombor biliknya! Wa..Tuhan sangat luar biasa kan.

Masuk kamsis yang ketiga ke KAB, KUO dan KIY. Pada mulanya kami tidak mendapat senarai nama pelajar kristian di ketiga-tiga kolej ini juga. Tapi Tuhan tidak pernah terlambat dan Dia buka jalan untuk kami menjumpai rakan-rakan kristian yang lain untuk membantu kami mendapatkan senarai nama pelajar kristian baru di kolej-kolej ini. Pada mulanya kami hanya menjumpai seorang pelajar baru kristian di KAB dan melalui dia kami dipertemukan dengan kawan-kawan kristian barunya di kolej itu. Setiap kali kami bertemu dengan adik-adik baru, kami akan bertanya jika mereka mempunyai kawan pelajar baru di kolej lain. Memang luar biasa-melalui ini kami mendapat nama pelajar baru kristian di kolej lain!

Masuk kamsis yang terakhir adalah ke KPZ dan KBH. Memenatkan ya..tapi percaya semuanya tidak sia-sia J Kami bertemu dengan adik-adik dari Asasi dan Permata Pintar UKM. Adik-adik kita ni memang luar biasa dan kami mengambil keputusan untuk membawa mereka menyertai PERKEB mulai sesi ini. Dan akhirnya kami ke KBH dan bertemu dengan adik-adik baru kami di kolej tersebut.

4 hari masuk kamsis memang luar biasa bagaimana Tuhan membuka jalan untuk kami bertemu dengan adik-adik baru. Sangat luar biasa bagaimana Tuhan menjawab doa kami untuk menghantar pelajar kristian di UKM dan bagi sesi ini seramai 33 adk-adik baru PERKEB termasuk Asasi dan Permata Pintar UKM! Dan masih terdapat 9 orang adik lagi yang belum sempat kami jumpa.
Tuhan luar biasa sekali. Saat Dia buka jalan yang mustahil menjadi ada dan ya inilah buktinya bagaimana Tuhan bekerja di dalam PERKEB.

Kerinduan saya..kita bukan hanya bertambah dari segi kuantiti kita tetapi biarlah sesi ini setiap kita menjadi semakin berkualiti bukan sahaja dalan peajaran kita tetapi juga dalam hubungan kita dengan Tuhan. Sebagaimana sesi ini PERKEB akan fokus kepada PERKEB Cares (Cell group PERKEB) dan memantapkan kehidupan kita sebagai orang percaya terutamanya dalam pengetahuan kita tentang Firma Tuhan dan kehiduapan doa yang kuat. Melalui ini maka saya percaya kita akan lebih maju dan mudah untuk menjadi tangan dan kaki Kristus untuk menyampaikan Berita Baik dalam kampus ini.

Ingat Tema kita:”Dimantapkan Untuk Memberitakan”..mari sama-sama kita memantapkan diri masing-masing dengan kebenaran FirmanNya dan hidup dalam keluarga PERKEB sebagai keluarga yang saling mendorong dan menguatkan.

Halleluyah! Terima kasih Tuhan atas kebaikanMu atas PERKEB! Terima kasih untuk setiap AJK PERKEB sesi 2012/2013 atas komitmen dan bantuan kamu semua dan tidak lupa ahli-ahli PERKEB yang lain serta Dinasour-dinasour PERKEB yang tidak pernah berhenti menyokong pelayanan di PERKEB.
Tuhan memberkati semua!