Sunday, October 23, 2011

Penyembuhan telinga kiri

Beberapa minggu lalu... telinga kiri saya mengalami masalah dan sakit sangat beberapa hari ini...Saya tidak dapat mendengar dengan jelas. Namun begitu, apabila saya pulang ke rumah pada hari Sabtu yang lepas, ibu saya telah mendoakan bagi saya. Sebenarnya saya nak jumpa doktor kerana telinga saya amat sakit lantas menyebabkan saya sakit kepala pada masa yang sama tetapi ibu saya berkata, "Kamu mempunyai Yesus sebagai penyembuh...kenapa mahu jumpa doktor.. Doa dahulu."

Pagi tadi apabila saya bangun dari tidur, saya terasa seakan-akan ada sesuatu dalam telinga saya. Maka saya pun koreknya keluar (I dunno how to describe what is it - It's like half the size of a sim card - looks like tissue.) Namun begitu, saya sangat bersyukur AKHIRNYA SAYA DAPAT MENDENGAR DENGAN JELAS!!! DAN TELINGA SAYA TIDAK SAKIT LAGIIIIIII!! =)

KUASA DOA =)

Tuesday, October 11, 2011

Gara-gara motor rosak


Last few weeks my motor breakdown =( Ahhhh.. buat banyak ragam pulak motor nih! I remember it broke down on Saturday when I had to go to law faculty for a talk. Terasa sedih dan panik kerana sudah lambat untuk pergi seminar di Fakulti Undang-Undang, lepas tu motor pula rosak. Lepas tu, seorang perempuan Melayu nampak motor saya rosak dan datang tanya ... Kemudian, saya minta tolong dia untuk hantar saya ke fakulti dan walaupun pada mulanya dia berkata bahawa ... "agak jauh tu" tapi syukurlah lepas saya rayu tu.. dia dengan baik hati menghantar saya ke fakulti undang-undang dari kolej tun hussein onn. (memang sangat jauh tu)

Lepas tu, dahlah hari sabtu dan tak ada bas yang naik ke fakulti.. saya pula menghadapi masalah macam mana nak turun dari fakulti balik ke kolej. Syukurrrrr kawan melayu saya juga yang tolong hantar saya tanpa merungut.

Saat saya tiba di kolej, saya cuba untuk menghidupkan enjin motor saya tetapi masih tidak boleh. Masa tu, seorang lelaki melayu nampak saya bergumul untuk menghidupkan motor dan menolong saya untuk mencari punca masalahnya. Dengan rela hatinya, dia  menolong saya buat agak lama dan walaupun tangannya kotor lepas tu, dia tidak juga merungut. Wow. Syukur! Namun masalah motor masih tetap sama.

Pada hari Isnin, seorang perempuan Melayu yang tidak saya kenali mencadangkan agar saya menghubungi nombor tersebut untuk pertolongan. Ahhh orang tu datang dan membaiki motor saya. Nampaknya ok. Terasa lega.


Pada hari selasa, motor rosak sekali lagi dan tidak dapat dihidupkan! Syukur pada waktu itu saya nampak senior saya yang berbangsa India dan dia menumpangkan saya ke fakulti. Selepas kelas berakhir, kawan Melayu saya dengan baik hatinya meminjamkan motornya kepada saya supaya saya dapat menunggang motor ke kedai motosikal yang berhampiran untuk meminta tolong. Akhirnya, masalah motor saya diselesaikan dengan kos yang agak tinggi juga.

Kesimpulannya, semua rakan Melayu yang saya beritahu di atas adalah orang-orang yang berbeza. Di saat saya perlukan pertolongan, saya agak sedih kerana rakan-rakan saya tidak dapat menolong tetapi Tuhan yang baik tetap hantarkan pertolongan bagi saya.

Strangers are the ones who helped me. I thought God didn't answer my prayer  but HE actually did answer my prayer using strangersss!! =)) Thank You Lord =)

Saturday, October 1, 2011

Andai ku tahu

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Thank God we no need to be fearful of all our sins - of death - n etc because we have hope in JESUS CHRIST! =) That doesn't mean we can sin all we want but Jesus Christ has died for our sins and thus, we are saved! Through death, we will have ETERNAL LIFE! AMEN!